Kunjungan Hormat Pengerusi Kelab Bola Sepak Lata Hujan

Tanah Merah, 06 April 2025 – Kelab Bola Sepak Lata Hujan , yang menerima kelulusan rasmi pada 25 Mac 2025 , telah melakukan kunjungan hormat kepada Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah , iaitu En. Wan Abdul Rahman Bin Hj Wan Ismail.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan kelab bola sepak yang baru ditubuhkan serta membincangkan visi dan misi kelab dalam memajukan sukan bola sepak di Tanah Merah. Pengerusi Kelab Bola Sepak Lata Hujan , berharap agar kelab mendapat sokongan daripada pihak belia dan sukan untuk membantu pembangunan aktiviti sukan, sekali gus meningkatkan penyertaan belia dalam kegiatan bermanfaat.

Dalam pertemuan yang berlangsung mesra itu, En. Wan Abdul Rahman menyatakan sokongan padu beliau terhadap inisiatif kelab bola sepak yang menjadi platform bagi memupuk bakat muda dan mengeratkan hubungan komuniti melalui sukan. Beliau turut menyarankan agar kelab terus aktif dalam menganjurkan program-program sukan yang berkualiti dan bermanfaat untuk masyarakat setempat. Kelab Bola Sepak Lata Hujan kini memandang ke hadapan untuk menjadi salah satu kelab yang mampu memberikan impak positif kepada belia di daerah Tanah Merah, dengan sokongan dan panduan daripada pihak Belia dan Sukan.

Semoga usaha murni ini menjadi titik permulaan bagi melahirkan generasi muda yang aktif dan berdaya saing di arena sukan bola sepak.

Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search