- JBS Kelantan
- Hits: 82
Lima Pegawai JBSN Kelantan Hadir Persidangan Kecergasan Eksekutif Belia Dan Sukan 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 82
Cheras, 6 Mei 2025 - Telah berlangsung Persidangan Kecergasan Eksekutif Belia dan Sukan bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras, Kuala Lumpur.
Yang Berusaha Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) hadir menyempurnakan perasmian Persidangan Kecergasan Eksekutif Belia dan Sukan.
Manakala Yang Berhormat Tuan Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, pula telah menyempurnakn Majlis Perasmian Penutup Persidangan Kecergasan Eksekutif Belia dan Sukan.
Persidangan yang diadakan bermula 5 hingga 6 Mei ini mengumpulkan pegawai dan kakitangan Skim Perkhidmatan Belia dan Sukan pelbagai latar belakang rentas agensi termasuklah di peringkat ibu pejabat, negeri dan daerah
Antara pengisian lain persidangan termasuklah sesi perkongsian pembangunan dan peningkatan kompetensi belia dan sukan, sesi libat urus, perkongsian kepakaran dan pengalaman dikalangan para peserta bersama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KBS serta Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai Perkhidmatan Belia dan Sukan (MYSO) dan Kesatuan Penolong Pegawai dan Pembantu Belia dan Sukan Semenanjung Malaysia (KPPPBSSM).
Persidangan ini telah dihadiri oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan JBSN Kelantan bersama bersama 4 pegawai mewakili JBSN Kelantan.
Penyertaan ini juga menjadi medan perkongsian amalan terbaik disemua peringkat dalam menjayakan agenda Sukan Untuk Semua selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Di sediakan oleh: Pegawai Portal Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan