- JBS Kelantan
- Hits: 85
Pasukan Penggerak “A” Rangkul Johan Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komunti Daerah Jeli 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 85
JELI, 4 Mei 2025- Kejohanan Liga Sukan Komuniti Daerah Jeli 2025 bagi acara Bola Jaring telah berlangsung pada 3 Mei 2025, bertempat di Gelanggang Futsal, Kg.Bukit Jering, Jeli.
Pasukan Penggerak ”A” telah muncul Johan setelah menang bergaya ke atas Pasukan Penggerak ”B” di perlawanan akhir. Kejohanan pada kali ini telah disertai oleh 10 pasukan.
Liga Sukan ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat tempatan melaksanakan aktiviti sukan sebagai gaya hidup serta dapat mengilap bakat baru dalam sukan tersebut.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Zahari bin Kechik, Ahli Parlimen Jeli.
Adalah diharapkan kejohanan seumpama ini dapat megeratkan hubungan dan perpaduan dalam komuniti setempat dan ianya dapat diteruskan lagi untuk masa-masa yang akan datang.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
