- JBS Kelantan
- Hits: 71
Kejohanan Usm–Singgora ‘Field And 3d Archery Challenge’ 2025 Cetus Inspirasi Baharu Para Pemanah
- JBS Kelantan
- Hits: 71
Kota Bharu, 5 Mei 2025 - Telah berlangsung Kejohanan USM SINGGORA ‘Field and 3D Archery Challenge’ 2025 pada 3 Mei 2025. Program ini adalah anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kelab Memanah Singgora dengan sokongan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan melalui Peruntukkan Dana Sukan Komuniti (DSK) 2025.
Kejohanan itu bertujuan memperkenalkan format memanah lapangan ‘Field Archery' dan '3D Archery’ kepada masyarakat terutamanya pelajar USM dan para peminat sukan memanah di Negeri Kelantan.
Majlis Perasmian, Penyampaian Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Seramai 147 peserta telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini mewakili 44 kelab dan 11 peserta individu daripada sembilan (9) buah negeri. Kejohanan ini berlangsung penuh semangat kesukanan dengan memperlihatkan ketangkasan dan kecekapan para peserta dalam disiplin ‘Field' dan '3D Archery’.
Kejayaan penganjuran kejohanan ini diharap dapat memperkukuh silaturahim antara peserta serta memperkasa sukan memanah ke peringkat yang lebih tinggi.
Turut hadir, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail, Pengarah Kampus Kesihatan USM, Encik Wan Hazrim Wan Hassan, Presiden Kelab Memanah Singgora,Encik Norhisyam bin Ismail, Pengarah Program USM–Singgora ‘Field and 3D Archery Challenge’ 2025, dan wakil Syarikat Muda Osman, Razyrul Hisham Ramli.
Disediakan Oleh : Disediakan oleh Pegawai Portal Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan