Pengurusan Terurus, Perkhidmatan Berkualiti

KUALA KRAI, 4 MEI 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuala Krai telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan PBSD Kuala Krai Bil. 2/2025 yang memberi fokus kepada perancangan program strategik pembangunan belia, sukan dan rakan muda, pelaksanaan kerja yang berkualiti serta penambahbaikan perkhidmatan kepada pemegang taruh.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, dihadiri oleh pegawai dan kakitangan PBSD Kuala Krai, menjadi platform penting bagi penyelarasan tugasan, perkongsian maklumat semasa serta pengukuhan budaya kerja berpasukan yang efisien dan profesional.

Melalui sesi ini, seluruh warga kerja PBSD Kuala Krai menzahirkan komitmen untuk terus mempertingkat mutu perkhidmatan kepada golongan belia dan masyarakat setempat, selaras dengan aspirasi jabatan ke arah pelaksanaan inisiatif yang lebih tersusun, berimpak dan relevan.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search