SAMBUTAN MINGGU GLAUKOMA SEDUNIA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2025 DI KOMBES KELANTAN

KELANTAN, 29 APRIL 2025 – Sambutan Minggu Glaukoma Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2025 telah memeriahkan suasana di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) telah menganjurkan program tersebut pada 14 April 2025 yang berlangsung bermula jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang dan telah mendapat sambutan oleh Agensi Kerajaan dan orang awam dengan seramai 400 orang yang hadir.

Program telah dirasmikan oleh YB Hilmi Abdullah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan (Adun Guchil), turut hadir sama YBrs Encik Saipuddin bin Zakaria Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.Turut berlangsung saringan mata percuma, pertandingan mewarna, pameran dan kuiz, dan forum bersama pesakit glaucoma.

Program ini telah dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada orang awam berkenaan glaukoma adalah antara penyebab kebutaan. Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa mengalu-alukan pelaksanaan program dari setiap agensi sama ada dari agensi kerajaan, swasta, persatuan, kelab, mahupun perseorangan bagi pelaksanaan aktiviti sukan, kecergasan, pertandingan dan kejohanan di Kombes Kelantan selari dengan hasrat untuk pembudayaan semangat bersukan dan meningkatkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat setempat.

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search