- JBS Kelantan
- Hits: 57
KUNJUNGAN HORMAT PBSD MACHANG KE SEKOLAH MENENGAH SAINS MACHANG
- JBS Kelantan
- Hits: 57
MACHANG, 27 APRIL 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang telah mengadakan kunjungan hormat ke Sekolah Menengah (SM) Sains Machang pada 27 April 2025.
Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan Program Semarak Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Machang 2025 kerana SM Sains Machang telah terpilih sebagai lokasi pelaksanaan program ini.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Tuan Haji Afandi bin Ismail, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SM Sains Machang, Tuan Haji Ahmad Shahru bin Mohd Nor, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum SM Sains Machang, Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, dan Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang