KUNJUNG HORMAT PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH PASIR MAS KEPADA KETUA JAJAHAN PASIR MAS

Pasir Mas, 16 April 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Jajahan Pasir Mas, YABrs Tuan Haji Shamsul bin Abu Bakar, bertempat di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan kerja antara kedua-dua pihak serta membincangkan agenda pembangunan belia di daerah Pasir Mas. Dalam sesi ini, pelbagai idea dan pandangan telah dikemukakan untuk memastikan belia setempat menerima sokongan terbaik bagi membina masa depan yang lebih cerah.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBrs. Encik Mohd Azwan bin Ab Rahman @ Che Dollah, Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan) Pasir Mas; Puan Nur Aliaa binti Wan Johan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas; Encik Mohd Faidhi bin Mat Noor serta Encik Mohd Sarimat bin Salleh, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas. Kehadiran mereka mencerminkan komitmen terhadap pembangunan belia serta memperkukuhkan lagi hubungan antara agensi-agensi yang terlibat. Pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan penuh kerjasama, menandakan langkah positif ke arah memperkasakan golongan belia dan komuniti di daerah ini.

Disediakan oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search