- JBS Kelantan
- Hits: 61
PBSD TUMPAT MEMENANGI GERAI KEDUA TERBAIK
- JBS Kelantan
- Hits: 61
TUMPAT, 22 April 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah melangsungkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 17 April 2025 bertempat di Perkarangan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan bermula jam 8.00 malam. Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran pegawai dan kakitangan bersama keluarga dari seluruh negeri Kelantan.
Pelbagai juadah yang enak disediakan sempena Majlis Sambutan Hari Raya ini dan menu utama ialah nasi beriani dan sup kambing. Selain itu turut dihidangkan ialah mee kari, laksa, sate, lontong dan pelbagai hidangan lain yang menarik oleh setiap pejabat belia sukan daerah. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat turut menyediakan ketupat dan rendang untuk tetamu yang hadir.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YABrs Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Pada majlis itu juga, diadakan pertandingan gerai terbaik mengikut kreativiti. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat telah memenangi tempat kedua di dalam pertandingan tersebut. Suasana Sambutan Hari Raya juga dimeriahkan dengan percikan bunga api. Dengan adanya majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal PBSD Tumpat