- JBS Kelantan
- Hits: 61
LEMANG DAN RENDANG JUADAH PBSD JELI PADA SAMBUTAN HARI RAYA ADILFITRI JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN
- JBS Kelantan
- Hits: 61
JELI 20 APRIL 2024 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Perkarangan Kompleks Belia dan Sukan Panji pada 17 April 2024 bermula jam 8.00 malam dan berakhir pada 11.00 malam.
Program dimeriahkan dengan penglibatan semua kakitangan Jabatan, Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Panji dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah bermula pada sebelah petang dengan aktiviti gotong royong memasak juadah Nasi Baryani dan Sup Kambing dan menghias gerai @ booth di samping menyediakan menu dan juadah masing-masing yang telah ditetapkan oleh setiap unit di JBS Kelantan dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah.
Kemeriahan semakin terasa pada sambutan kali ini dengan kehadiran kakitangan bersama ahli keluarga masing-masing dengan gaya dan pakaian yang beraneka warna dan fesyen.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli tidak ketinggalan dengan menyediakan menu Lemang dan Rendang sebagai juadah untuk para tetamu yang hadir. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YABrs En.Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Dengan adanya sambutan dan majlis seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kakitangan dan merapatkan ukhwah di antara ahli keluarga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.