- JBS Kelantan
- Hits: 62
KONGSI JUADAH TETAP JADI AMALAN SAMBUTAN HARI RAYA DAERAH JELI
- JBS Kelantan
- Hits: 62
JELI, 20 APRIL 2025- Konsep berkongsi juadah masih kekal menjadi tradisi sambutan Majlis Hari Raya Peringkat Daerah Jeli yang telah diadakan pada 17 April 2025, di Perkarangan Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Jeli.
Majlis yang di anjurkan oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli berlangsung sangat meriah dengan melibatkan hampir keseluruhan Jabatan dan Agensi di Daerah Jeli. Masing-masing menyediakan menu dan juadah yang telah dipersetujui dalam sesi mesyuarat jawatankuasa sambutan berkenaan di gerai @ booth yang telah disediakan, dengan kehadiran orang hampir seribu orang tetamu yang terdiri dari penduduk setempat.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli turut sama menyertai majlis ini dengan menyediakan menu kuih muih dan air mineral antara gerai yang mendapat sambutan hangat oleh para tetamu yang hadir. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs.En.Wan Fahazil bin Wan Mohamad Jaffar, Ketua Jajahan Jeli yang juga telah menyampaikan hadiah bagi gerai tercantik dan paling kreatif sepanjang majlis berlangsung. Dengan adanya sambutan dan majlis sebegini, adalah diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan baik, jalinan kerjasama serta semangat muhibah antara jabatan dan agensi di daerah ini.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.