AYER LANAS PILIHAN TEPAT PROGRAM SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH JELI 2025

JELI, 15 April 2025- Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Jeli telah mengadakan tinjauan dan lawatan tapak lokasi bagi pelaksanaan Program Semarak Hari Belia Negara peringkat Daerah Jeli Tahun 2025.

Program ini adalah bertujuan menarik penyertaan belia di peringkat akar umbi dalam menyemarakkan sambutan Hari Belia Negara 2025 di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.
Kehadiran YBrs Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli telah disambut mesra oleh YBrs En. Samsudin bin Sapei, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas dan YBrs En. Ahmad bin Abdul Wahab, Penolong Kanan Pentadbiran, turut hadir En. Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli.

Lawatan ini adalah juga sebagai kunjung hormat PBSD Jeli dengan Pengetua baharu SMK Ayer Lanas disamping memberi ruang kepada urusetia pelaksana Semarak Hari Belia Negara membuat penilaian terhadap kemudahan dan persekitaran yang sesuai bagi pelaksanaan program tersebut. PBSD Jeli menerusi program ini akan terus memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik dengan agensi berkaitan, NGO dan Komuniti setempat bagi mempastikan pembangunan belia berterusan untuk jangka panjang yang memberi impak positif kepada masyarakat umumnya.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search