- JBS Kelantan
- Hits: 87
PROGRAM RAKAN LITAR TRACK DAY ASAH KEMAHIRAN SUKAN MOTORCROSS
- JBS Kelantan
- Hits: 87
Pasir Mas, 19 April 2025 – Program Rakan Litar Track Day Kemahiran Latihan Asas Sukan Motorcross Peringkat Negeri Kelantan berjaya dilaksanakan hari ini bertempat di Track Day, Pulau Buih, Pasir Mas. Acara yang menghimpunkan peserta dari pelbagai latar belakang ini bertujuan meningkatkan kemahiran asas sukan motorcross dalam kalangan peminat sukan ekstrem. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun, termasuk Asas Pengendalian Motorcross yang betul, Taklimat Keselamatan, Pengekalan Keseimbangan, Seating Position, Steering Control, Demo and Trial Run, Pemantauan Kondisi Persekitaran, Kesiapsiagaan dan Peralatan Pengalaman, latihan secara fizikal serta Mini Games bagi menguji tahap kecekapan peserta.
Majlis Pelepasan Flag Off telah disempurnakan oleh YB Zuraidin bin Abdullah, ADUN Chetok bersama-sama dengan Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada para peserta untuk meningkatkan kebolehan teknikal mereka, tetapi juga memperkukuhkan hubungan sesama peminat sukan motorcross di negeri Kelantan.
Program anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Sukan Bermotor Pijaanas ini memberi pengisian yang padat dan bermanfaat sekaligus membuktikan bahawa sukan ekstrem mampu berkembang dengan baik jika diterapkan dengan latihan dan kesedaran keselamatan yang tinggi.
Disediakan oleh : Urus setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSNK