PROGRAM PERTANDINGAN SLINGSHOT MERIAHKAN PULAU BUIH, PASIR MAS

Pasir Mas, 19 April 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Sukan Slingshot Kubang Bemban berjaya menganjurkan Program Pertandingan Slingshot yang berlangsung di Pulau Buih, Pasir Mas. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi itu mendapat sambutan hangat dengan penyertaan hampir 200 peserta dari seluruh negeri Kelantan.

Ucapan aluan YB Zuraidin bin Abdullah ,ADUN Chetok yang menekankan kepentingan aktiviti sukan tradisional seperti slingshot dalam mengukuhkan hubungan komuniti serta menggalakkan gaya hidup sihat. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang turut menyampaikan ucapan penghargaan diatas inisiatif penganjuran program tersebut. Turut hadir, YBrs En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada peserta.

Pertandingan ini bukan sahaja mencungkil bakat dalam sukan slingshot, tetapi juga menyemarakkan semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Kelantan. Dengan suasana kompetitif tetapi mesra, peserta dan penonton sama-sama berpeluang menikmati aktiviti yang mendekatkan mereka dengan warisan tradisional tempatan.
Program yang meriah ini menjadi bukti bahawa sukan mampu menjadi platform untuk memperkukuhkan silaturahim dan memupuk semangat kekitaan dalam komuniti. Semoga pertandingan seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan.

Disediakan oleh : Urus setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSNK

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search