- JBS Kelantan
- Hits: 63
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN MERIAH DENGAN KEHADIRAN SELURUH WARGA KERJA DAN KELUARGA
- JBS Kelantan
- Hits: 63
Kota Bharu, 18 April 2025– Kompleks Belia dan Sukan Panji menjadi lokasi meriah bagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang berlangsung pada malam semalam. Acara yang bermula pada jam 8 malam itu menyaksikan kehadiran semua pegawai dan kakitangan bersama keluarga dari seluruh negeri Kelantan, dalam semangat kemeriahan sambutan Aidilfitri.
Menariknya, sambutan kali ini menampilkan gabungan menu dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah di seluruh Negeri Kelantan dan menu utama Nasi Beriani Kambing dan Sup Kambing adalah air tangan YBrs Tn. Pengarah, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan yang dimasak secara gotong-royong bersama warga kerja menjadikannya sebuah pesta hidangan yang beraneka rasa dan budaya.
Dari ketupat rendang hingga ke hidangan pencuci mulut tradisional, semua tetamu berpeluang menikmati juadah yang disediakan dengan penuh kasih sayang dan semangat kebersamaan. Acara ini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan silaturahim antara kakitangan jabatan, tetapi juga memberi ruang untuk beramah mesra dalam suasana santai dan ceria.
Dengan semangat muafakat dan kebersamaan, Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini telah mencipta kenangan manis bagi seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Semoga acara sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang, membawa lebih banyak kegembiraan dan ikatan erat dalam kalangan warga jabatan.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pentadbiran JBSNK