- JBS Kelantan
- Hits: 99
DARI MESYUARAT KE GELANGGANG! LIGA SUKAN KOMUNITI KUALA KRAI COMING SOON!
- JBS Kelantan
- Hits: 99
KUALA KRAI, 15 APRIL 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Pelarasan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Kuala Krai bagi tahun 2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Majlis Daerah Kuala Krai, dengan dipengerusikan oleh Puan Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai. Mesyuarat ini turut disertai oleh wakil-wakil sukan bagi acara Bola Jaring, Ping Pong dan Sepak Takraw, serta pegawai daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai.
Liga Sukan Komuniti merupakan satu platform penting dalam membudayakan sukan secara menyeluruh, serta salah satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan kepada masyarakat yang sentiasa menyokong penganjuran program sukan akar umbi. Usaha ini seiring dengan visi Sukan Negara 2030 yang mengangkat sukan sebagai elemen penting dalam membina kesejahteraan dan kesepaduan rakyat Malaysia.
Melalui pelaksanaan LSK ini, usaha bersepadu antara agensi kerajaan, persatuan sukan dan penggiat sukan tempatan dapat digerakkan secara strategik bagi memupuk minat dan penglibatan aktif pelbagai lapisan masyarakat. Inisiatif ini juga selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Sukan (Sporting Nation) yang dinamik dan sihat secara fizikal dan mental.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai