- JBS Kelantan
- Hits: 100
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET KERAJAAN (JKPAK) DAN MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN & AKAUN (JPKA) BIL.1/2025
- JBS Kelantan
- Hits: 100
KOTA BHARU, 13 April 2025, Ahad (14 Syawal 1446H) - Bertempat di bilik Mesyuarat Aras 2, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah diadakan satu Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun (JPKA) Bil.1/2025. Mesyuarat ini adalah bagi membentangkan Laporan Pengurusan Aset Alih, Pengurusan Bajet, Pengurusan Perakaunan, Pengurusan Perolehan, Pengurusan Aset dan Stor serta Pengurusan Pungutan dan Tunggakan Hasil Kombes.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir mesyuarat ini adalah Puan Naziah binti Dollah, Timbalan Pengarah Belia, Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) dan Pegawai di Ibu Pejabat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Daerah.
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pentadbiran JBSNK