JALINAN KERJASAMA JBSNK BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN DALAM LAKSANAKAN PROGRAM LIGA SUKAN ORANG KURANG UPAYA (LiSOKU) PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Kota Bharu, 13 April 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan bertempat di Bilik Tamu, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu pada 9 April 2025 (Rabu).

Kunjungan hormat ini diadakan untuk perbincangan pelaksanaan Program Liga Sukan Orang Kurang Upaya (LiSOKU) Peringkat Negeri Kelantan. Program ini merupakan program sukan berbentuk pertandingan dan akan dilaksanakan di peringkat negeri bertujuan memberi peluang kepada Orang Kurang Upaya di peringkat akar umbi. Program ini juga merupakan program baharu yang diperkenalkan dan terbuka kepada semua golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat komuniti setempat bagi menjadikan aktiviti sukan sebagai satu gaya hidup yang sihat. Selain bertujuan untuk membudayakan sukan, mencungkil bakat di peringkat akar umbi, merealisasikan masyarakat yang cergas, sihat dan bersatu serta meningkatkan tahap keyakinan diri peserta. Sebanyak 3 jenis sukan wajib yang akan dipertandingkan iaitu Tenpin Boling (Individu dan Berpasukan Lelaki dan Wanita), Bola Tampar Duduk (Berpasukan Lelaki dan Wanita) dan Futsal (Berpasukan Lelaki dan Wanita). Pelaksanaan Liga Sukan Orang Kurang Upaya (LiSOKU) di peringkat Negeri Kelantan dijangka akan dilaksanakan pada 20 – 21 Jun 2025 bertempat di Superbowl Lite 7 Mydin, Tunjong (Tenpin Boling) dan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan (Bola Tampar Duduk dan Futsal).

Hadir pada perbincangan tersebut Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSNK, Puan Nur Fadhlira binti Dungun, Pegawai Pembangunan Sukan OKU, JBSNK. Manakala Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan di hadiri oleh Pn. Hajah Intan ‘Izzati binti Md. Hashim, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, dan En. Muhammad Nazmi bin Abdul Mutalib, Pegawai Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu.
Diharapkan dengan jalinan kerjasama ini, Program Liga Sukan Orang Kurang Upaya (LiSOKU) Peringkat Negeri Kelantan ini akan dapat berlangsung dengan jayanya

Disediakan oleh : Urus setia Portal Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search