- JBS Kelantan
- Hits: 91
KHATAM AL- QURAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA AKHIRI PROGRAM RAKAN EKSPRESI: RAKAN MUDA RAMADHAN PERINGKAT DAERAH JELI
- JBS Kelantan
- Hits: 91
JELI, 24 Mac 2025- Majlis Khatam Al- Quran dan berbuka puasa mengakhiri Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadhan Peringkat Daerah Jeli pada 23 Mac 2025 bersamaan 22 Ramadhan 1446H di Empat (4) buah Masjid dan Surau yang terpilih iaitu Masjid Mukim Kg. Kalai, Surau Al Falah, Kg Kuala Balah, Masjid Mukim Sg. Satan dan Surau At Taqwa, Bandar Jeli, yang melibatkan seramai 82 orang peserta keseluruhannya.
Antara aktiviti lain yang diadakan dalam majlis tersebut adalah Tazkirah Ramadhan, Penyampian Sijil kepada peserta yang terlibat dan Majlis Berbuka Puasa.
Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk menarik minat belia menghidupkan bulan Ramadhan al-Mubarak dengan pengisian aktiviti dan program-program berbentuk kerohanian.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua Jawatankuasa Masjid dan Surau yang terlibat, tidak lupa juga ucapan tahniah kepada semua peserta yang telah menyertai program dari awal hingga akhir, serta berharap kerjasama seumpama ini dapat diteruskan untuk masa-masa yang akan datang.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.