PERHIMPUNAN BULANAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN BIL 3/2025

KOTA BHARU, 26 Mac 2025, Rabu – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Pegawai dan Kakitangan bertempat di Dewan Malaysia, (JBSNK). Perhimpunan bulanan ini diadakan bertujuan untuk menyemai nilai-nilai murni dan memupuk semangat bergerak ke arah satu haluan bagi mencapai matlamat pembangunan dan kesejahteraan negara di kalangan warga (JBSNK). Nilai-nilai murni seperti benar, amanah, adil, bijaksana, telus, bersyukur, bertanggungjawab dan berdisiplin perlu disemai dan dijadikan teladan dalam perkhidmatan ini.

Atur cara perhimpunan bulanan ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, nyanyian lagu Selamat Sultan, Bacaan Ikrar Penjawat Awam serta amanat yang telah disampaikan oleh Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria , Pengarah (JBSNK). Turut diadakan Penyampaian Anugerah bagi Program The Biggest Loser Challenge @ JBSNK 2025 yang telah di sertai oleh Pegawai dan kakitangan di Jabatan. Seramai 5 (lima) orang pemenang telah menerima hadiah wang tunai yang disampaikan oleh Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah (JBSNK) dan diiringi oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan (JBSNK). Objektif program ini adalah untuk memastikan kakitangan JBSNK mempunyai berat badan yang ideal dan mengamalkan kehidupan gaya hidup sihat dan membudayakan pengamalan gaya hidup sihat.

Berikut adalah senarai Pemenang Program The Biggest Loser Challenge @ JBSNK 2025 :-
1.PUAN ROZILAWATI BINTI ABDUL RAHMAN (PENURUNAN SEBANYAK 3.9 KG)
2.ENCIK SYED ABDUL AZIZ BIN ENGKU CHIK ABDULLAH
(PENURUNAN SEBANYAK 3.8 KG)
3.ENCIK MOHD SAIPUDDIN BIN ZAKARIA (PENURUNAN SEBANYAK 3.6 KG)
4.HAZRI NIZAM BIN ZAKARIA (PENURUNAN SEBANYAK 3.5 KG)
5.SITI SURIATI BINTI ZAKARIA (PENURUNAN SEBANYAK 3.4 KG)

Pada Majlis Perhimpunan Bulanan ini, diserikan dengan Tazkirah Ramadan yang bertajuk Ramadan yang Terakhir telah disampaikan oleh Ustaz Saibon bin Ismail, Pegawai Agama Jajahan Kuala Krai. Malam sepuluh terakhir Ramadan dikenali dengan kehadiran Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam ini, ganjaran ibadah dilipat gandakan dengan luar biasa. Antara amalan yang dianjurkan ialah Memperbanyakkan Ibadah Malam (Qiamullail), Memberi sedekah dan membantu sesama, I’tikaf di Masjid dan Mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan komuniti. Pada penghujung Program turut diadakan Majlis Berbuka Puasa beramai-ramai bertempat di Padang Kompleks Belia dan Sukan Panji.

Disediakan oleh: Urusetia Portal Bahagian Pentadbiran, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search