PERMULAAN KEMENANGAN KEPADA HARIMAU MALAYA

Kota Bharu, 25 Mac 2025 - Telah berlangsung Tayangan Skrin Besar Aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menyaksikan pertemuan di antara Malaysia menentang Nepal berkesudahan dengan keputusan 2-0.

Dengan kelebihan sebagai tuan rumah, debut oleh pemain warisan negara Hector Hevel tampak bermula dengan langkah kanan apabila berjaya menjaringkan gol pertama buat Malaysia pada minit ke-30. Sepakan leret yang deras terus meluru ke arah gol. Tidak terhenti disitu, pergerakan menarik dari situasi bola mati telah memastikan Malaysia berjaya mendapat gol kedua.

Gandingan Endrick, Ariff berjaya membolehkan Corbin Ong mudah meletakkan bola ke dalam gawang pada minit ke-70 sebelum terbias dan menggegar gawang gol Nepal.
Kehadiran penonton pada tayangan skrin besar ini dianggarkan seramai 350 orang telah hadir membanjiri perkarangan tempat parkir Dermasiswa Harmoni, Politeknik Kota Bharu. Pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan seperti Mari mencuba Sepakan Penalti, Dart, sepak penalti dan cabutan bertuah.

Hadir menyaksikan perlawanan ini adalah En. Mohd Saipuddin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia Negeri Kelantan, Dr. Hj Mohd Daud bin Isa, Pengarah Politeknik Kota Bharu, En. Fathuddin Aizat bin Che Mohd Ariff, Pengarah Kolej Komuniti Pasir Mas. Turut Hadir sama ⁠En. Hazri Nizam Zakaria (TP Sukan, JBS Kelantan), En. Wan Mohd Erfan (Peg. Belia & Sukan Daerah Tumpat), En. Syed Abd. Aziz (Peg. Belia & Sukan Daerah Kota Bharu) dan En. Ahmad Shauki bin Saad (Peg. Peggalakan Sukan, BPS, KBS.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya kerana telah berusaha keras dalam menyekat kemaraan Nepal.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSNK

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search