- JBS Kelantan
- Hits: 110
SMK TOK JANGGUT SAMBUT BAIK PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA UNTUK KECEMERLANGAN PELAJAR
- JBS Kelantan
- Hits: 110
PASIR PUTEH, 25 MAC 2025 : Satu Perbincangan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telah diadakan di Bilik Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut hari ini.
Perbincangan ini diadakan untuk memberi penerangan kepada pihak pengurusan sekolah mengenai Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda setelah kebenaran untuk berkolaborasi dengan pihak sekolah diperoleh daripada Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh.
Program ini telah terbukti dapat memberi impak yang positif kepada pelajar dalam membentuk personaliti dan jatidiri yang unggul serta menanamkan nilai kesukarelawan yang tinggi.
Kehadiran PBSDPP telah disambut mesra oleh Puan Aloha Khana binti Ahmad @ Mohammed, Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut dan Encik Hafizul bin Zulhuda, Pemimpin ARPRM sekolah tersebut. Hadir sama Encik Rosshazelan bin Sulaiman, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
