- JBS Kelantan
- Hits: 67
MATLAMAT KHATAM AL-QURAN TERCAPAI
- JBS Kelantan
- Hits: 67
PASIR PUTEH, 24 MAC 2025 : Seramai 80 orang peserta telah selesai bertadarus dan berjaya khatam Al-Quran bagi Program Rakan Ekspresi : Rakan Muda Ramadhan Peringkat Daerah Pasir Puteh yang bermula pada 1 Ramadan hingga 20 Ramadan 1446H yang lalu di empat (4) buah lokasi iaitu Masjid Al-Taqwa Mukim Gong Datok, Masjid Jamek Ibrahimi, Masjid Al-Adzim Mukim Selising dan Pondok Hidayatul Sibyan, Bukit Jawa.
Sepanjang program ini berlangsung, sokongan dan kerjasama yang erat daripada pengurusan masjid, ibubapa dan peserta adalah amat menggalakkan sekali demi mencapai misi untuk khatam Al-Quran dalam tempoh 20 hari. Peserta-peserta ini telah dibimbing oleh halaqah yang bertauliah bagi membantu mereka membaca dengan baik mengikut hukum tajwid yang betul. Di samping itu, melalui program ini juga, para peserta juga dapat mengeratkan ukhuwah dan hubungan persahabatan serta mengimarahkan masjid-masjid di sekitar mereka.
Encik Sazli bn Mahmood, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh hadir menyampaikan sijil penyertaan dan cenderamata kepada peserta dan guru pembimbing setelah tadarus ini selesai.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh