- JBS Kelantan
- Hits: 79
MELAHIRKAN BELIA YANG CEMERLANG MELALUI PROGRAM RAKAN EKSPRESI: RAKAN MUDA RAMADAN
- JBS Kelantan
- Hits: 79
KUALA KRAI, 26 MAC 2025 – Objektif Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Kuala Krai ini diadakan bagi menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-Quran ke tahap yang lebih tinggi serta di jadikan petunjuk utama dalam melahirkan belia yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai dengan Kerjasama Kelab Rakan Muda Bandar Kuala Krai (KRAMB2K), Kelab Beliawanis Halwanis Kuala Krai, Masjid Mukim Kenor, Masjid Jamek Al- Nur Guchil, Masjid Al- Munawar Keroh, dan Masjid Tengku Muhammad Faris Petra. Antara pengisian lain sepanjang program ini berlansung antaranya Tazkirah Ringkas, Bacaan Doa Kesyukuran, dan penyampaian sijil.
Majlis peyampaian sijil telah disempurkan oleh Puan Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai pada 25 Mac 2025. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
Disediakan Oleh :Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai