KELAB RAKAN MUDA BANDAR KUALA KRAI KUKUHKAN JALINAN DENGAN PBSD MELALUI MAJLIS BERBUKA PUASA

KUALA KRAI, 25 MAC 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh Kelab Rakan Muda Bandar Kuala Krai (KRAMB2K) bertempat di Faiz Café pada 24 Mac 2025.

Majlis telah dihadiri oleh Puan Rosnani binti Haji Abdulah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai bersama pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memperkukuhkan ukhuwah antara pemimpin kelab dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, selain memberikan penghayatan yang lebih mendalam terhadap makna Ramadan sebagai bulan keberkatan dan rahmat bagi seluruh umat Islam. Dalam majlis ini, Puan Rosnani menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan KRAMB2K atas kejayaan merancang dan melaksanakan program sepanjang tahun 2024. Beliau berharap semua kepimpinan KRAMB2K akan terus komited dalam merancang dan melaksanakan program – program kepada belia dan masyarakat setempat.

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search