- JBS Kelantan
- Hits: 102
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN MESYUARAT AGUNG MAJLIS BELIA JAJAHAN PASIR MAS BERLANGSUNG MERIAH
- JBS Kelantan
- Hits: 102
Pasir Mas, 23 Mac 2025 – Majlis berbuka puasa dan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Jajahan Pasir Mas telah diadakan dengan jayanya di CT Hall, Pasir Mas pada 21 Mac 2025 (Sabtu).
Acara ini telah dihadiri oleh Encik Muhammad Fadzly bin Ramli sebagai wakil Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut serta dalam majlis tersebut ialah Encik Mohd Sarimat bin Salleh, wakil dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengerusi Majlis Belia Jajahan Pasir Mas, Encik Nik Ikhwan Haqim bin Datuk Sr Haji Hanafi. Ucapan beliau penuh dengan harapan untuk memperkasakan belia setempat. Seterusnya, ucapan perasmian telah disampaikan oleh Encik Muhammad Fadzly, yang mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, sebagai simbolik kepada sokongan padu terhadap pembangunan generasi muda di Daerah Pasir Mas
Majlis ini berjaya mempererat hubungan antara belia dan badan gabungan serta mengukuhkan lagi komitmen terhadap agenda pembangunan belia di Pasir Mas.
Disediakan oleh : Urus setia Portal, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas