- JBS Kelantan
- Hits: 105
BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) KEM BELIA 2025 BERJAYA DILAKSANAKAN
- JBS Kelantan
- Hits: 105
Pasir Mas, 23 Mac 2025 – Bengkel Training of Trainers (TOT) Kem Belia 2025 telah berlangsung dengan jayanya dari 19 hingga 21 Mac 2025 di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Batu Gajah, Perak. Program ini dianjurkan oleh Cawangan Pembangunan Sosial, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan matlamat memperkasakan pelaksanaan Kem Belia Tahun 2025.
Bengkel ini bertujuan untuk membantu peserta memahami kandungan modul pelaksanaan Kem Belia Tahun 2025, meningkatkan kemahiran mereka dalam mengendalikan kem di peringkat daerah, serta memperkukuhkan penggunaan Dashboard Belia sebagai alat pengurusan yang efektif. Program ini melibatkan penyertaan pegawai-pegawai Bahagian Belia JBSN yang komited dalam memastikan kejayaan inisiatif ini. Bengkel ini turut menjadi platform untuk para peserta berkongsi idea, pengalaman, dan strategi bagi memastikan pelaksanaan Kem Belia Tahun 2025 berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Dengan kejayaan bengkel ini, diharapkan usaha membangunkan belia Malaysia akan terus diperkukuhkan.
Bengkel ini turut dihadiri oleh 9 orang pegawai belia dan sukan Daerah dari Negeri Kelantan diketuai oleh Timbalan Pengarah (Belia), Puan Naziah binti Dollah dan Puan Nur Aliaa binti Wan Johan turut hadir bagi mewakili PBSD Pasir Mas. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha Dr. Zainah bin Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, JBSN. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan program ini dalam melahirkan tenaga penggerak yang berkemahiran tinggi untuk memajukan belia di seluruh negara.
Disediakan oleh : Urus setia Portal, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas