MAJLIS IFTAR MAHABBAH ERATKAN UKHWAH DAN RAIKAN KEBERSAMAAN DI PASIR MAS

Pasir Mas, 22 Mac 2025 – Majlis Iftar Mahabbah dengan tema "Kasih Disemai, Ukhwah Dieratkan Indahnya Kebersamaan" telah berlangsung dengan penuh kehangatan di Dewan Utama Apam Putra pada 16 Ramadan 1446H, bersamaan 17 Mac 2025 anjuran Pejabat Tanah Jajahan Pasir Mas.

Majlis ini telah dihadiri oleh semua ketua-ketua jabatan di daerah Pasir Mas serta seluruh kakitangan Pejabat Tanah Jajahan Pasir Mas. Acara ini dianjurkan dengan tujuan mengeratkan ukhuwah antara pelbagai agensi di daerah Pasir Mas, di samping meraikan mantan Ketua Jajahan Pasir Mas, Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, yang kini bertugas di Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Timbalan Ketua Jajahan, diikuti dengan ucapan mantan Ketua Jajahan, Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, dan diakhiri dengan ucapan Ketua Jajahan Pasir Mas yang kini bertugas, YABrs Tuan Haji Shamsul Abu Bakar. Pejabat Belia dan Sukan Daerah turut dihadir oleh 2 orang wakil iaitu Puan Nur Aliaa binti Wan Johan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan daerah Pasir Mas dan Encik Mohd Faidhi bin Mat Noor, Pembantu Belia dan Sukan (Rakan Muda) Daerah Pasir Mas. Kesempurnaan majlis ini turut diserikan dengan sesi berbuka puasa bersama, diikuti solat Maghrib, Isyak, dan Terawih secara berjemaah, sebagai simbol kebersamaan dan perpaduan.

Disediakan oleh : Urus setia Portal, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search