- JBS Kelantan
- Hits: 90
SESI KUNJUNG HORMAT KE RUD KARTING GAMUDA COVE, DENGKIL, SELANGOR
- JBS Kelantan
- Hits: 90
Selangor, 20 Mac 2025 - Delegasi Kelantan yang diketuai oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah mengadakan kunjung hormat lawatan ke RUD Karting Gamuda Cove, Dengkil, Selangor bagi perbincangan serta perkongsian kepakaran dan pengoperasian litar go kart yang bertujuan untuk cadangan baik pulih Litar Royal Kelantan.
Antara yang dititip berat dalam lawatan ini adalah dari segi pengoperasian, speksifikasi, prasarana dan fasiliti serta keselamatan awam litar karting. Turut hadir, Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSN Kelantan, Dato Zahri Ismail, Presiden KGCC, Encik Tuan Ngah Tuan Muda, Pengurus Royal Kelantan Circuit, Ts. Mohd Farid bin Mohd Fauzi,Jurutera Jajahan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Jajahan Bachok, Encik Hazwan Rizal bin Abdull Hallim, Penolong Setiausaha Majlis Daerah Bachok, Encik Adam Rahimi bin Hazmi, Jurutera JKR Bachok serta Encik Rosland bin Kamaruddin, Pegawai Motorsport Association of Malaysia (MAM).