PBSD PASIR MAS SEDIA MEMBERI KERJASAMA

PASIR MAS, 17 MAC 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas telah dijemput ke Mesyuarat Penyelarasan Larian Madani 2025 oleh Ibu Pejabat Polis daerah Pasir Mas untuk bersama-sama di dalam program berkenaan. Mesyuarat ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, IPD Pasir Mas dan dipengerusikan oleh YDH Kama Azural bin Mohamed, Ketua Polis Daerah Pasir Mas.

Program Larian Madani (5KM) ini dijangka akan diadakan pada 25 April 2025 (Jumaat) bertempat di Masjid Telipot, Kota Bharu. Puan Nur Aliaa binti Wan Johan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas bersama Encik Mohd Sarimat bin Sallleh, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas telah hadir ke mesyuarat berkenaan dan telah memberikan sedikit input dan khidmat nasihat berkenaan penganjuran program larian.

Pihak PBSD Pasir Mas sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama dan sokongan dalam setiap program yang dilaksanakan oleh semua agensi di daerah Pasir Mas.

Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search