- JBS Kelantan
- Hits: 76
RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN MERIAH
- JBS Kelantan
- Hits: 76
PASIR MAS, 16 MAC 2025 – Setiap tahun program Rakan Muda Ramadan sudah cukup sinonim dengan Kementerian Belia dan Sukan ataupun Jabatan Belia dan Sukan Negeri. Saban tahun program ini dinantikan oleh belia-belia diseluruh Malaysia.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan juga telah melaksanakan Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan pada 15 Mac 2025 (Sabtu) bertempat di Masjid Jamek Ibrahimi, Pasir Puteh, Kelantan telah dihadiri seramai 600 orang belia dari seluruh Negeri Kelantan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang hari. Pertandingan bercerita kisah-kisah Nabi telah bermula seawal jam 8.30 pagi dan seorang wakil dari PBSD Pasir Mas iaitu Adik Siti Hajar Safiyyah binti Abdullah telah menyertai pertandingan berkenaan. Aktiviti yang turut dilaksanakan pada pagi berkenaan adalah pertandingan Hafazan.
Bagi sesi petang pertandingan azan subuh dan iqamah dan PBSD Pasir Mas juga turut menghantar peserta iaitu adik Mohd Amirullah bin Hasrol bagi pertandingan berkenaan. Sesi diteruskan lagi dengan Tadarus dan Khatam Al-Quran. Pada program berkenaan juga peserta dihidangkan dengan juadah berbuka puasa yang telah disediakan oleh pihak masjid dan juga tajaan dari YAYA Empire. Semoga program ini akan diteruskan pada setiap tahun bagi mendekatkan belia-belia dengan aktiviti keagamaan dan mengimarahkan lagi masjid.
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas