LAWATAN PANEL PENILAI APBN KE KELAB BELIA SENI WARISAN PUSAKA KEMUNCHUP

MACHANG, 10 MAC 2024 – Panel Penilai Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan 2025 telah mengadakan lawatan ke premis Kelab Belia Seni Warisan Pusaka Kemunchup kerana telah terpilih antara 5 pertubuhan belia terbaik dalam saringan awal bagi Kategori Pertubuhan Belia APBN Peringkat Negeri Kelantan 2025 pada 8 Mac 2025 di Masjid Mukim Kemunchup.

Tujuan penilaian secara lawatan ke premis adalah bagi memastikan kesahihan maklumat yang dikemukakan oleh pertubuhan melalui dokumen serta pelaksanaan temuduga secara bersemuka dapat dilaksanakan. Melalui lawatan tersebut juga para panel berkesempatan melihat sendiri potensi sesebuah pertubuhan serta impak yang dilaksanakan oleh pertubuhan kepada komuniti.

Barisan panel penilai diketuai oleh Encik Mod Nadzri bin Yaacob, Alumni KBS - Mantan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan selaku Ketua Panel Penilai; Puan Nurhamizah binti Kamarun Majif, Penolong Pendaftar Pejabat Pertubuhan Belia KBS selaku Panel 1 dan Puan Rohani binti Abu Hassan, Mantan YDP Majlis Belia Negeri Kelantan selaku Panel 2. Manakala Puan Naziah binti Dollah, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan turut hadir sebagai pegawai pemerhati.
Semoga Kelab Belia Seni Warisan Pusaka Kemunchup berjaya dalam penilaian ini dan selamat maju jaya.

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search