PROGRAM PENGHAYATAN RAMADAN 1446H

KOTA BHARU, 6 Mac 2025, Khamis (5 Ramadan 1446H). Bahagian Pentadbiran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah mengadakan Program Tazkirah setiap hari khamis pada setiap minggu sepanjang bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan Allah. Kehadirannya sangat dinanti-nanti dengan penuh kegembiraan bagi meraih ganjaran yang dijanjikan kepada hambaNya yang berpuasa dan melakukan amal soleh. Umat Islam akan berlumba-lumba melakukan segala amalan soleh dan memanfaatkan setiap detik yang ada untuk mencari keredhaan Allah. Tazkirah ini telah disampaikan oleh Ustaz Faisal bin Abdullah, Pengerusi Wardah Pencerdasan Umat Malaysia Cawangan Negeri Kelantan, dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Tazkirah yang disampaikan adalah bertajuk “Surah Al-Kahfi”. Surah Al-Kahfi diturunkan di Makkah (kecuali ayat 28, 83 dan 101 yang diturunkan di Madinah) dan merupakan salah satu dari lima surah Mekah yang dimulai dengan “Alhamdu lilah” (Segala puji bagi Allah). Surah ini mempunyai 110 ayat, dan namanya diambil dari ayat ke-9 apabila disebut tentang orang orang yang berada di dalam gua (Kahfi). Ramai yang sedia maklum bahawa surah al-Kahfi sangat digalakkan untuk dibaca pada setiap hari Jumaat.

Antara Kelebihan Surah Al-Kahfi adalah dipancarkan Cahaya Untuknya Antara 2 Jumaat, Terselamat Dari Fitnah Dajjal, Turunnya Ketenangan dan Rahmat Yang disertai Dengan Para Malaikat, Menceritakan Realiti Kehidupan Sebenar dan Iktibar untuk Menghadapi Ujian & Fitnah Akhir Zaman. Hadir sama mendengar tazkirah yang disampaikan adalah Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, serta Pegawai dan Kakitangan di Ibu Pejabat, Kompleks Belia dan Sukan Panji serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu.

Disediakan oleh: Urusetia Portal Bahagian Pentadbiran, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search