- JBS Kelantan
- Hits: 93
BELIAWANIS PERKASA PEMBANGUNAN BELIA DI KUALA KRAI
- JBS Kelantan
- Hits: 93
KUALA KRAI , 09 Mac 2025 – Kelab Beliawanis Halwanis Kuala Krai telah didaftarkan di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia pada 13 Januari 2021 yang lalu dengan seramai 8 orang Ahli jawatankuasa yang dilantik pada peringkat awal penubuhannya.
Bagi terus memperkasakan pergerakan dan hala tuju kelab belia ini, Setiausaha Kelab, Puan Najat binti Mat Nor telah berkunjung ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai bersama-sama dengan Penolong Setiausaha Kelab bagi membincangkan dan merancang program-program untuk mengaktifkan keahlian kelab dan juga Ahli Jawatankuasa Kelab.
Dalam sesi pertemuan ini, antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan pengurusan dokumentasi, perancangan aktiviti – aktiviti kelab dan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT). Puan Najat binti Mat Nor memaklumkan kelab dalam proses melatih dan mengenalpasti ahli-ahli baru yang mempunyai potensi bagi mengantikan Ahli Jawatankuasa yang akan mencapai umur 40 tahun pada tahun ini pada sesi pemilihan pada tahun hadapan. Berdasarkan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, Puan Rosnani binti Abdullah Zawawi mengucapkan Syabas dan tahniah kepada Kelab Beliawanis Halwanis Kuala Krai di atas inisiatif dan kesungguhan yang ditunjukan bagi memperkasakan pergerakan kelab untuk pembangunan belia khususnya di daerah Kuala Krai. Turut bersama dalam pertemuan ini, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, Puan Syazana Safra binti Md Sanusi, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai (Bahagian Pembangunan Belia) Encik Mohd Azam Wahidi bin Suhaini.
Disediakan oleh : Urusetia Portal PBSD Kuala Krai
