BAHANG APBN 2025 PERINGKAT NEGERI KELANTAN MAKIN TERASA

KUALA KRAI - Hanya tinggal berapa hari sahaja lagi bagi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) bagi Peringkat Negeri Kelantan tahun 2025. Persiapan dan persediakan dari segi mental dan juga fizikal amatlah penting untuk setiap calon yang akan bertanding bagi sesi pembentangan semasa sesi penilaian nanti.

Pada 6 Mac 2025 yang lalu, telah berlangsung sesi taklimat kepada calon Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) untuk kategori Individu Lelaki dan Wanita telah dijalankan secara atas talian bagi menyampaikan maklumat-maklumat serta memberi panduan kepada para calon yang akan bertanding.

Dalam sesi taklimat ini, Urusetia APBN Negeri Kelantan, Pn. Nur Amysiah binti Yusof memaklumkan sesi penilaian bagi kategori individu dibuat pada 10 dan 11 Mac 2025 bertempat di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Beliau mengingatkan kepada semua calon untuk menepati waktu pendaftaran yang ditetapkan disamping itu beliau juga memaklumkan seramai 19 calon kategori lelaki dan 13 calon bagi kategori Wanita yang telah menghantar borang pencalonan.

Turut hadir dalam sesi taklimat ini , Pn. Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai dan Calon Individu Lelaki bagi daerah Kuala Krai, Saudara Muhammad Afiq Aiman Bin Mohd Haslam selaku Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Kuala Krai.

Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search