- JBS Kelantan
- Hits: 74
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN BOLING TERTUTUP KELAB BOLING SERI NANGKA
- JBS Kelantan
- Hits: 74
KELANTAN, 28 Febuari 2025 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, En. Mohd Saipuddin bin Zakaria telah menghadiri Majlis Penyampaian hadiah Kejohanan Boling Tertutup Kelab Boling Seri Nangka yang diadakan di Mydin Mall Tunjong Kota Bharu Kelantan.
Kejohanan ini telah mendapat dana daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan melalui peruntukan Dana Sukan Komuniti (DSK) 2025. Seramai 112 penyertaan yang terdiri daripada komuniti Kelab Boling Seri Nangka dan masyarakat setempat.
Turut hadir sama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Besut En. Yusoff bin Mat Noor serta Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Besut.