PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN BIL. 2/2025

KOTA BHARU, 27 FEBRUARI 2025 – Jabatan Belia dan Sukan (JBSNK) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Pegawai dan Kakitangan JBSNK bertempat di Dewan Malaysia, JBSNK.
Perhimpunan bulanan ini diadakan bertujuan untuk menyemai nilai-nilai murni dan memupuk semangat bergerak ke arah satu haluan bagi mencapai matlamat pembangunan dan kesejahteraan negara di kalangan warga JBSNK. Nilai-nilai murni seperti benar, amanah, adil, bijaksana, telus, bersyukur, bertanggungjawab dan berdisiplin perlu disemai dan dijadikan teladan dalam perkhidmatan ini.

Atur cara perhimpunan bulanan ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, nyanyian lagu Selamat Sultan, Bacaan Ikrar Penjawat Awam serta amanat yang telah disampaikan oleh Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria , Pengarah JBSNK. Pada majlis ini juga, turut diadakan majlis Penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan. Sijil Penghargaan telah disampaikan oleh Tuan Pengarah dan diiringi oleh Puan Naziah binti Dollah Timbalan Pengarah Belia JBSNK dan Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan JBSNK.

Berikut adalah senarai penerima anugerah:
-Anugerah Pekerja Terbaik Bulan November 2024
i)Puan Siti Najwa binti Che Kar - Kombes, JBSNK
ii)Puan Nur Amysiah binti Mohd Yusof - Bahagian Pembangunan Belia

-Anugerah Pekerja Terbaik Bulan Disember 2024
i)Encik Sazli bin Mahmood - PBSD Pasir Puteh,
ii)Puan Zayuzi Binti Wan Ahmad- PBSD Bachok

-Anugerah Pekerja Terbaik Bulan Januari 2025
i)Puan Azma binti Yahya - PBSD Bachok,
ii) Cik Nur Amalina binti Mat Hussin - PBSD Kota Bharu

-Anugerah Pekerja Terbaik Bulan Februari 2025
i)Encik Mohamad Fadzil bin Che Daud - Bahgian Pembangunan Sukan
ii)Encik Mohd Farihan bin Che Jusoh - Bahgian Pembangunan Rakan Muda

Majlis juga turut meraikan Majlis Persaraan Encik Aris bin Awang yang akan bersara wajib pada 10 Mac 2025.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search