- JBS Kelantan
- Hits: 69
DUA KAKITANGAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BACHOK TERIMA ANUGERAH PEKERJA TERBAIK BULANAN
- JBS Kelantan
- Hits: 69
BACHOK, 27 FEBUARI 2025 – Dua kakitangan dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bachok telah diiktiraf sebagai Pekerja Terbaik Bulanan bagi bulan Januari 2025. Anugerah tersebut disampaikan sempena Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Bilangan 2 Tahun 2025 yang diadakan pada 27 Februari 2025, bertempat di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Kedua-dua penerima anugerah tersebut telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab mereka telah menerima penghargaan yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Dalam ucapan beliau, Pengarah menyatakan betapa pentingnya pengiktirafan ini sebagai motivasi kepada semua kakitangan untuk terus berusaha dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memberikan impak positif kepada masyarakat.
Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok, dan Puan Zayuzi binti Wan Ahmad, Pembantu Tadbir (P&O) Pejabat Belia dan Sukan daerah Bachok telah terpilih menerima anugerah tersebut. Pengiktirafan ini juga menunjukkan komitmen Jabatan Belia dan Sukan dalam membangunkan potensi individu dalam kalangan kakitangan mereka.
Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai tinggi jabatan, serta kakitangan dari semua daerah di negeri kelantan yang berkumpul untuk merayakan kejayaan rakan sekerja mereka. Semoga dengan penerimaan anugerah tersebut diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada kakitangan lain agar terus mempamerkan dedikasi dan produktiviti dalam menjalankan tugas mereka demi kemajuan belia dan sukan di negeri Kelantan.