- JBS Kelantan
- Hits: 87
MAJLIS PERSARAAN ENCIK ARIS BIN AWANG MERIAH DAN PENUH PENGHARGAAN
- JBS Kelantan
- Hits: 87
BACHOK, 27 FEBRUARI 2025 - Majlis persaraan Encik Aris bin Awang, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, telah berlangsung dengan penuh meriah dan penghargaan di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Majlis ini diadakan sempena Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Bilangan 2 Tahun 2025.
Majlis persaraan ini turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, pegawai-pegawai kanan jabatan dan rakan sekerja. Dalam ucapannya, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan menzahirkan penghargaan atas jasa dan sumbangan Encik Aris sepanjang tempoh perkhidmatannya. Beliau turut mendoakan kesejahteraan dan kejayaan Encik Aris dalam kehidupan selepas persaraan. Encik Aris bin Awang yang akan bersara wajib pada 6 Mac 2025 setelah berkhidmat sebagai penjawat awam selama 35 tahun. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, Encik Aris dikenali sebagai seorang pegawai yang berdedikasi, komited dalam kerjanya.
Puan Azma binti Yahya selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok turut menyampaikan cenderahati bagi pihak PBSD Bachok sebagai tanda kenang-kenangan. Suasana penuh emosi menyelubungi dewan ketika beliau menyampaikan ucapan terakhirnya, mengimbau kenangan sepanjang bertugas dan menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bekerjasama dengannya selama ini. Majlis ini diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan sebagai simbolik perpisahan. Semua hadirin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bersara kepada Encik Aris dengan harapan agar beliau terus diberkati dan sukses dalam fasa kehidupan yang baharu.