- JBS Kelantan
- Hits: 90
PBSD BACHOK TURUT SERTA PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN BILANGAN 2 TAHUN 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 90
Bachok, 27 Februari 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok telah menyertai Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Bilangan 2 yang berlangsung di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Perhimpunan ini dihadiri oleh pegawai serta kakitangan daripada seluruh daerah di Negeri Kelantan.
Majlis dimulakan dengan ucapan dan amanat oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Beliau menekankan kepentingan kerjasama semua pejabat daerah dalam memberi hasil yang terbaik untuk Masyarakat terutamnya golongan belia. Majlis juga turut diisi dengan ceramah integriti serta Majlis Persaraan Encik Aris bin Awang, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas yang akan bersara wajib pada 6 Mac 2025.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok yang diwakili oleh semua pegawai dan kakitangan turut hadir dalam majlis tersebut. Keberadaan mereka dalam perhimpunan ini menunjukkan komitmen yang tinggi dalam merealisasikan visi dan misi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Diharapkan dengan pertemuan seperti ini, hubungan antara pejabat-pejabat daerah semakin kukuh dan kerjasama yang erat dapat memberi manfaat kepada belia di Negeri Kelantan.