BULAN RAMADAN KEMBALI PASTI RAKAN MUDA RAMADAN KEMBALI

PASIR MAS, 26 FEBRUARI 2025: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas telah berkunjung ke Bilik Gerakan Kelab Belia Pondok Lati dan Pejabat Al-qamariah bagi membincangkan pelaksanaan progrom ikonik Rakan Muda setiap kali Ramadan menjelma iaitu Rakan Muda Ramadan.

Program Rakan Ekspresi : Rakan Muda Ramadhan ini akan di adakan sepanjang bulan Ramadhan iaitu dari 2 Mac hingga 21 Mac 2025 yang bertujuan untuk pengisian aktiviti bertadarus dan khatam Al-Quran untuk menghidupkan bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan matlamat untuk memperbanyakkan amalan sunnah dan kerohanian dalam kalangan belia.

Setiausaha Kelab Belia Pondok Lati, Encik Takiyuddin amat mengalu-alukan kehadiran PBSD Pasir Mas yang di ketuai oleh Puan Nur Aliaa binti Wan Johan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas bersama Encik Mohd Sarimat bin Salleh, Pembantu Belia dan Sukan (Sukan). Dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara telah dibincangkan seperti penyertaan, lokasi program dan juga kaedah pelaksanaan sepanjang Ramadan nanti.

Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search