PERKUKUH SINERGI MELALUI KURSUS TEAM BUILDING

BACHOK, 22 FEBUARI 2025 – Tiga orang pegawai dan kakitangan dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok telah mengambil menghadiri Kursus Team Building Pegawai dan Kakitangan JBSN Kelantan 2025 yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Kursus ini telah berlangsung dari 22 hingga 24 Februari 2025 bertempat di Kale Nusuk Campsite, Jeli.

Kursus ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama dan komunikasi di antara pegawai serta kakitangan, di samping meningkatkan semangat kerja berpasukan. Pelbagai aktiviti dan latihan telah dirancang untuk membantu peserta membina hubungan yang lebih baik dan meningkatkan produktiviti dalam tugas harian.

Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok selaku pegawai yang terlibat dalam kursus tersebut menyatakan bahawa “pengalaman ini sangat bermanfaat dan memberi kami peluang untuk belajar teknik-teknik baru dalam pengurusan pasukan. Kami juga berkesempatan untuk berinteraksi dengan peserta dari daerah lain, membuka peluang untuk kerjasama di masa hadapan”.

Diharapkan melalui kursus ini, akan wujud sinergi yang lebih kuat antara semua pegawai dan kakitangan di negeri Kelantan, sekaligus memberi impak positif kepada pembangunan belia dan sukan di kawasan masing-masing.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search