PERKASA FUNGSI PUSPANITA MELALUI PENGLIBATAN PBSD BACHOK

Bachok, 13 Februari 2025 – Majlis Perasmian dan Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Jajahan Bachok Kali Ke-23 Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Gerakan, Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YABrs. Tuan Haji Shamsul Bin Abu Bakar, Ketua Jajahan Bachok Merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Jajahan Bachok. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan kesepakatan dan kecekalan wanita dalam mendukung pembangunan negara selaras dengan tema PUSPANITA, "WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT".

Turut hadir dalam majlis ini ialah wakil dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok, iaitu Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok, serta Puan Zayuzi binti Wan Ahmad, Pembantu Tadbir (P/O). Kehadiran mereka mencerminkan sokongan padu terhadap inisiatif PUSPANITA dalam memperkasakan peranan wanita di peringkat daerah.

Dalam ucapan penggulungan majlis, YABrs. Penasihat PUSPANITA Cawangan Jajahan Bachok berkata ‘majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk memperkukuhkan jaringan silaturahim dalam kalangan ahli tetapi juga memberi peluang kepada wanita untuk terus aktif dan berdaya saing dalam pelbagai bidang. Dengan adanya program sebegini, diharapkan PUSPANITA terus menjadi pemangkin kepada pembangunan wanita dan masyarakat di Jajahan Bachok’.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search