- JBS Kelantan
- Hits: 106
SK HAMZAH 2 JADI LOKASI PELEPASAN ROAD RACE KELANTAN CYCLING CHALLENGE 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 106
MACHANG, 20 FEBRUARI 2025 – Telah berlangsung perbincangan dan taklimat bersama Sekolah Kebangsaan (SK) Hamzah 2, Machang pada 19 Februari 2025 berkenaan pelaksanaan Pertandingan "Kelantan Cycling Challenge 2025" yang bakal diadakan pada 21-22 Februari 2025 ini.
Pertemuan dan perbincangan bersama Tuan Haji Che Husin bin Haron, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Hamzah 2, Machang diadakan bagi menyelaras beberapa perkara berkenaan penggunaan ruang parking sekolah, kemudahan tandas, dan punca elektrik bagi melancarkan perjalanan pertandingan. Pertandingan `Kelantan Cycling Challenge 2025’ akan dijalankan dalam dua kategori iaitu "Road Race" dan "Criterium" dan penyertaan pasukan adalah dari seluruh Malaysia.
Turut hadir sama adalah Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang dan Encik Mohd Arif Bin Che Awang, wakil Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang