- JBS Kelantan
- Hits: 78
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN BIL 1/2025
- JBS Kelantan
- Hits: 78
KOTA BHARU, 22 JANUARI 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Bil 1/2025 yang berlangsung sempena lawatan kerja rasmi YABrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Perhimpunan Bulanan ini merupakan satu aktiviti bulanan Jabatan di mana Sesi Perjumpaan bersama Pegawai dan Kakitangan JBS serta Skim Perkhidmatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang bermatlamat sebagai wadah perkongsian cadangan, penjelasan isu serta penyampaian aspirasi hala tuju JBSN bagi tahun 2025 yang berkait dengan Pembangunan Sukan, Belia dan Rakan Muda.
Dalam majlis tersebut, YABrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara telah menyampaikan amanat serta memberikan kata-kata semangat kepada semua kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan seramai 76 orang yang hadir. Dalam ucapannya, beliau menekankan pentingnya peranan setiap pegawai dan kakitangan dalam merealisasikan visi dan misi jabatan serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.
Turut hadir, YBrs. En. Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim, Pengarah IKTBN Bachok dan YBrs. Dr. Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa. YABrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara turut berkesempatan melawat fasiliti-fasiliti yang terdapat di kompleks ini.
Dalam Majlis tersebut turut diadakan Majlis Perpisahan Puan Wan Roslinda bt Wan Ibrahim, mantan Pembantu Belia dan Sukan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu yang bersara pilihan pada 1 Januari 2025.
Semoga perhimpunan bulanan ini dapat mengeratkan ikatan silaturahim di antara kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan terus menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi jabatan.
Disediakan Oleh : Urus Setia Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu