PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN BIL.1/2025 BERSAMA KETUA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA

BACHOK, 23 JANUARI 2025 – Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Bil 1/2025 telah diadakan pada 22 Januari 2024 bertempat di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersempena lawatan kerja rasmi YABrs. Puan. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Pada Perhimpunan tersebut YABrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara telah berkesempatan hadir sama bagi bertemu dengan semua Pegawai dan Kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Pegawai Perkhidmatan Skim Belia dan Sukan dari IKTBN Bachok, IKTBN Tanah Merah, Politeknik Jeli dan Politeknik Kota Bharu.

Objektif perhimpunan pada kali ini berfokus kepada amanat Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara kepada warga kerja di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan berkenaan hala tuju dan gerak kerja Jabatan Belia dan Sukan Negara bagi tahun 2025 yang lebih berkesan. Dalam ucapan YABrs. Puan Ketua Pengarah, beliau mengingatkan kepada semua pegawai untuk mengukuhkan hubungan kerjasama strategik dalam meningkatkan mutu perkhidmatan awam.

Pada Perhimpunan ini juga turut diadakan Majlis Penyampaian Bantuan Misi Banjir kepada pegawai dan kakitangan yang terlibat bencana alam seperti banjir dan Majlis Persaraan Puan Wan Roslinda binti Wan Ibrahim, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu. Hadir sama dalam perhimpunan ini, YBrs. En. Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim, Pengarah IKTBN Bachok dan YBrs. Dr. Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa. 

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search