PASUKAN DUN PENGKALAN KUBOR FC JOHAN PIALA MENTERI BESAR KELANTAN 2024

TUMPAT, 18 FEBRUARI 2025 - Pasukan DUN Pengkalan Kubor FC telah berjaya merangkul johan di dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Besar Kelantan 2024 yang telah diadakan pada 11 Februari 2025 bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke IV setelah menewaskan pasukan DUN Chetok pada perlawanan akhir dengan tendangan penalti 4-2 setelah keputusan terikat jaringan 0-0 pada masa perlawanan sebenar.

Perlawanan tersebut telah memecahkan rekod kehadiran penonton sepanjang sejarah penganjuran Piala Menteri Besar Kelantan dengan kehadiran 8,000 orang penonton.
Kejohanan ini melibatkan 48 pasukan iaitu 45 pasukan yang mewakili DUN di negeri Kelantan dan 3 pasukan jemputan. Kejohanan ini telah bermula pada bulan Disember 2024 dan berakhir pada 11 Februari 2025. Pasukan DUN Pengkalan Kubor FC telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 6,000.00, medal dan piala pusingan.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan DUN Pengkalan Kubor FC di atas kejayaan menjadi johan Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Besar Kelantan 2024.

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search