BELIA PASIR MAS SERTAI TRAVELOG USAHAWAN

PASIR MAS, 12 Februari 2025 - Telah berlangsung Program Travelog Usahawan Peringkat Negeri Kelantan pada 11 Februari 2025 (selasa) yang telah dianjurkan oleh Majlis Belia Jajahan Pasir Mas dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Seramai 6 orang belia daerah Pasir Mas telah menyertai program ini.
Program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan juga membuka mata belia- belia di dalam selok belok alam perniagaan yang boleh bermula di rumah sahaja tanpa menggunakan modal yang besar.

2 usahawan orang yang terlibat adalah Puan Suhaila binti Jusoh, pemilik Orfeo Salon, Tanah Merah dan Puan Azlina binti Muhammad, pemilik D'Lina wellness Kuala Krai. Banyak input, pengalaman dan kata-kata semangat diberikan kepada belia-belia yang ingin menceburi perniagaan salon, spa dan wellness.

Program ini juga turut dihadiri oleh Pegawai Pembangunan Ekonomi II, Puan Nazatul Asma binti Ariffin, Puan Rosnani binti Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, Encik Ismafardi bin Ismail, Penolong Pegawai Belia Daerah Tanah Merah, Puan Nur Aliaa binti Wan Johan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas serta Encik Mohd Fadzwan bin Zainun, Setiausaha Majlis Belia Jajahan Pasir Mas.

Disediakan oleh :
Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search