MESYUARAT KARNIVAL SUKAN MADANI PARLIMEN TUMPAT 2025

TUMPAT, 13 FEBRUARI 2025 - Mesyuarat Karnival Sukan Madani Parlimen Tumpat 2025 telah diadakan pada 10 Februari 2025 bertempat di Pejabat Pusat Madani Tumpat. Mesyuarat ini telah dipengerusikan bersama oleh Encik Ahmad Hizwani bin Shafii, Pengarah Komunikasi Pusat Madani Tumpat dan Encik Wan Mohd Erffan bin Wan Mohd Nasir dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat. Hadir sama Encik Mohamad Saupi bin Ibrahim serta Encik Nik Ahmad Saifullah bin Ahmad Husni.

Cadangan perancangan awal Karnival ini telah diputuskan pada bulan Mei 2025 (1 hari) bertempat di MRSM Tumpat dengan sasaran peserta seramai 5,000 orang. Antara cadangan aktiviti yang akan diadakan ialah pertandingan Bola Jaring, Sepak Takraw, Penalti Bola Sepak, Badminton, Ping Pong, Larian (Fun Run) 5km, e-Sports (FIFA & Mobile Legends), Sukan Rakyat seperti lari dalam guni, congkak dan sebagainya juga akan dilibatkan. Cabutan bertuah dan persembahan kebudayaan turut dicadangkan pada malam sebelumnya.

Bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan program ini, rakan strategik utama telah dibentuk iaitu Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat, Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat,Jabatan Kemajuan Masyarakat Daerah Tumpat, Pejabat Penerangan Tumpat, Pusat Madani Tumpat dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan di daerah Tumpat akan dilibatkan dalam mesyuarat yang akan datang.

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search