DALY’A BEUATY KOMITED BERSAMA JBSNK ANJURKAN PROGRAM COLOUR RUN 2025

Kota Bharu, 12 Februari 2025 – Telah berlangsung berbincangan di antara Daly’a Beauty dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bagi penganjuran Colour Run 2025 bertempat di Pejabat Operasi Daly’a Beauty Tunjung pada 11 Februari 2025.

Program ini merupakan inisiatif Daly' a Beauty bagi memberi ruang kepada masyarakat setempat seisi keluarga menjalankarn aktiviti kecerdasan fizikal dengan suasana yang riang ria. Program ini merupakan larian bertemakan warna warni. Program ini bukan sahaja tertumpu kepada golongan muda sahaja, tetapi juga mengajak seisi keluarga untuk beriadah sambil berseronok dan mengeratkan ukhuwah kekeluargaan.

Pada perbincangan tersebut, Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan telah menerangkan dengan terperinci Penganjuran Program Colour Run 2025 mengikut spesifikasi dan tatakelola pengurusan program. Turut dibincangkan kolaborasi strategik di antara kedua pihak khususnya dalam Pembangunan sukan di Negeri Kelantan dengan konsep menang – menang.

Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Penagarh Sukan JBSNK bersama Encik Muhamad Fadzil bin Che Daud, Pegawai Penggalakan dan Pembangunan Sukan JBSNK. Manakala pihak Daly’a Beauty telah dihadiri oleh Nik Ahmad Amizan bin Nik Azizan, Pengarah Eksekutif NF Niaga.
Adalah di harapkan dengan kolaborasi ini akan merancakkan lagi landskap pemerkasaan sukan untuk semua hingga ke peringkat akar umbi tuntas menjadikan Malaysia sebagai Negara Bersukan.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 22:58:10

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search